Rabu, 11 Februari 2009

Penulis Blog Gunakan Full Feed Jangan Buatkan Pembaca Anda Lari


Oleh kerana sambungan Internet yang agak perlahan di rumah, saya lebih suka menggunakan pembaca feed untuk membaca blog. Bukan sahaja ianya lebih pantas dan mudah, malah saya lebih cepat perasan sekiranya ada entri terbaru di blog-blog kegemaran saya.
Namun, sesetengah penulis blog tidak menetapkan supaya suapan RSS ini memaparkan keseluruhan entri. Ini menyebabkan pelanggan RSS hanya dapat membaca separuh sahaja kandungan entri tersebut, yang selebihnya haruslah dilawat pada blog tersebut. Lebih teruk lagi, ada yang menetapkan suapan RSS untuk memaparkan tajuk sahaja, pelanggan RSS langsung tak dapat melihat apa kandungan entri tersebut.
Samada sengaja atau tidak, anda mungkin menyebabkan pembaca anda lari terus dari blog anda. Apa yang terbaik ialah, berikan pembaca anda pilihan. Sediakan suapan RSS yang penuh. Jika mereka mahu komen pada satu-satu entri, mereka akan terus lawati blog anda. Bagi saya sendiri, bagi blog yang betul-betul saya minati, akan saya lawati terus melalui pelayar web saya, dan klik apa-apa iklan yang patut :)
Cara-cara Menetapkan Suapan RSS Penuh Pada Blogspot

1.Dari bahagian Dashboard, klik pada menu Settings.
2.Seterusnya klik pada menu Site Feed.
3.Perhatikan bahagian “Allow Blog Feeds”. Pilih Full.

4.Klik pada butang Save Settings.
Cara-cara Menetapkan Suapan RSS Penuh Pada Wordpress

1.Pada bahagian admin Wordpress, klik pada menu Settings > Reading.

2.Perhatikan bahagian “For each article in a feed, show”. Pilih “Full text”.

3.Klik pada butang “Save Changes”.