Selasa, 22 Februari 2011
Sabtu, 28 Februari 2009
Dapatkan Data Yang Telah Hilang Dengan PC Inspector File Recovery
PC Inspector File Recovery adalah sebuah perisian percuma yang bagus untuk mendapatkan kembali fail-fail yang telah hilang. Sama ada fail tersebut telah anda delete, ataupun fail yang hilang dari partition yang anda format, anda boleh mendapatkannya. Berikut saya akan terangkan cara-cara menggunakan PC Inspector File Recovery:
1.Buka PC Inspector File Recovery, dan pilih English sebagai bahasa antaramuka.
2.Anda dikehendaki memilih jenis data yang ingin diselamatkan, iaitu:
2.1 Recover deleted files. Fail yang telah dibuang dekan menekan Delete atau Shift+Delete.
2.2 Find lost data. Data yang hilang dari partition yang anda format, ataupun disebabkan kerosakan komputer.
2.3 FInd lost drive. Jika partition hilang, ataupun tidak boleh dibuka.
3.Bagi contoh kali ini, kita akan klik pada pilihan nombor dua, iaitu Find lost data. Klik pada ikon tersebut. 4.Dwi-klik pada partition yang yang mengandungi data tersebut. PC Inspector File Recovery akan mula mengesan data-data yang sedia ada dalam partition tersebut.
5.Seterusnya, tentukan cluster range yang akan dicari oleh PC Inspector Recovery. Anda boleh biarkan ia dengan nilai yang biasa, dan terus klik pada butang hijau. PC Inspector File Recovery akan mula mengesan data-data yang telah hilang. Proses ini akan mengambil masa, tunggu sehingga ianya selesai.
6.Segala data yang dapat dikesan oleh PC Inspector File Recovery akan dipaparkan. Anda boleh pilih mana-mana data yang anda ingin kembalikan, dan klik pada butang save untuk menyimpan data-data tersebut.
Rabu, 18 Februari 2009
Kawal PC Orang Lain Dengan TeamViewer
“Alamak, PC aku masalah lagi!”, kata Sakinah. Kan bagus kalau waktu macam ni boleh minta Si Amar tu untuk repair PC kan? Tapi malangnya Amar duduk 10 batu jauhnya dari sini, dan mustahil kalau nak panggil dia datang sekarang.
Tak jadi masalah sebenarnya untuk Amar membantu Sakinah, asalkan kedua-duanya mempunyai sambungan Internet. Amar boleh akses dan kawal PC Sakinah secara online menggunakan software seperti TeamViewer. Software ini haruslah dipasang pada kedua-dua buah komputer. Berikut saya akan tunjukkan langkah-langkah untuk menggunakan TeamViewer ini. Andaikan bahawa PC yang bermasalah adalah PC Sakinah, dan PC Amar akan digunakan untuk mengawalnya:
1.Download dan lancarkan TeamViewer pada kedua-dua PC.
2.Sakinah akan diberi nombor lapan digit berserta password.
3.Masukkan nombor dan password tersebut pada PC Amar dan klik pada butang “Connect to partner”
4.Kini Amar dah boleh lihat dan kawal PC Sakinah. Setelah selesai, hanya tutup sahaja TeamViewer ini untuk menamatkan sesi.
Antara keistimewaan lain pada software ini adalah korang boleh gunakannya untuk bertukar-tukar fail, chat, dan banyak lagi. Kalau tak install software ni pun takpe, ia boleh terus digunakan. Ingat, pakai TeamViewer ni untuk tolong tengokkan komputer kawan, bukan untuk ceroboh dan selongkar komputer orang lain oke ^^
Dapatkan TeamViewer di sini
Rabu, 11 Februari 2009
Penulis Blog Gunakan Full Feed Jangan Buatkan Pembaca Anda Lari
Namun, sesetengah penulis blog tidak menetapkan supaya suapan RSS ini memaparkan keseluruhan entri. Ini menyebabkan pelanggan RSS hanya dapat membaca separuh sahaja kandungan entri tersebut, yang selebihnya haruslah dilawat pada blog tersebut. Lebih teruk lagi, ada yang menetapkan suapan RSS untuk memaparkan tajuk sahaja, pelanggan RSS langsung tak dapat melihat apa kandungan entri tersebut.
Samada sengaja atau tidak, anda mungkin menyebabkan pembaca anda lari terus dari blog anda. Apa yang terbaik ialah, berikan pembaca anda pilihan. Sediakan suapan RSS yang penuh. Jika mereka mahu komen pada satu-satu entri, mereka akan terus lawati blog anda. Bagi saya sendiri, bagi blog yang betul-betul saya minati, akan saya lawati terus melalui pelayar web saya, dan klik apa-apa iklan yang patut :)
Cara-cara Menetapkan Suapan RSS Penuh Pada Blogspot